KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

AJK PIBG SESI 2010/2011

Sunday 30 January 2011

MAJLIS KECEMERLANGAN AKEDAMIK TAHUN 2010

Antara pelajar yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akedamik
En. Ithnin Bin Shaari menyampaikan sijil serta hadiah

Majlis ini telah mendapat sokongan sepenuhnya dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dari segi menampung kos keseluruhan majlis ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKBBS En. Ithnin Bin Shaari pada 26/1/2011 (Rabu) . Turut hadir dalam menyerikan majlis ini ialah En. Saharudin Bin Abd Rashid iaitu selaku NYDP PIBG . Majlis ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pelajar serta pihak sekolah..... Tahniah dari PIBG !!!!!!!




Sunday 16 January 2011

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya dengan melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya. Selaku hamba Allah yang beriman, maka kita wajiblah bersyukur di atas anugerah tersebut kerana tanpanya kita tidak mungkin dapat hidup bahagia di dunia ini.

Di antara anugerah Allah yang amat berharga kepada kita ialah anak. Anak merupakan kurnia dan nikmat yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala kepada kita di mana kita diamanahkan untuk menjaga dan memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At- Tahriim ayat 6 yang tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala, Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan".

Dari ayat tersebut, jelas kepada kita bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita para ibubapa memelihara dan mendidik keluarga khasnya anak-anak kita supaya menjadi anak yang salih dan berguna dengan jalan memberikannya pendidikan yang sempurna.

Pendidikan yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak dan kerana kepentingannya itulah agama Islam telah menganjurkan umatnya supaya menerapkan ilmu ugama kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan di mana ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagai didikan rohani kepada anak-anak dalam kandungan itu. Setelah dilahirkan pula, sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqamatkan pada telinga kiri anak-anak tersebut dan sunat juga dibacakan Surah Al Ikhlas pada telinga anak tersebut supaya kalimah yang mula-mula didengar oleh mereka setelah lahir ke dunia ini adalah kalimah tauhid. Di samping itu akhlak yang mulia juga hendaklah disemai ke jiwa anak-anak sedari mereka masih kecil lagi, ikutlah kata-kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Ketahuilah, sesungguhnya jika jiwa anak-anak itu telah dididik dan tersemai dengan ajaran ugama Islam yang kuat, Insya-Allah mereka akan menjadi orang yang beriman, cinta pada Allah dan Rasul-Nya, menjadi anak yang salih, berbakti kepada agama, ibu bapa, masyarakat, raja dan negara serta mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Itulah hasrat setiap ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Oleh itu adalah amat penting supaya ibu bapa sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka tanpa membiarkannya. Jika terdapat tingkah laku dan kelakuan yang tidak wajar apatah lagi jika bertentangan dengan lunas-lunas ugama Islam, maka perbaiki dan perbetulkanlah dari awal-awal dan jangan menunggu sehingga masalah itu menjadi besar dan berat serta sukar untuk ditangani.

Oleh itu jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka leka dan lalai dalam mentaati perintah Allah seperti tidak bersembahyang, tidak menutup aurat, tidak menghormati orang tua dan sebagainya atau anak-anak itu membuat perkara yang dilarang oleh agama seperti apa yang kita lihat pada masa kini yang mana terdapat sebilangan remaja dan belia yang mewarnakan rambut mereka, terlibat dengan perhubungan sosial yang terlalu bebas, berpakaian yang mendedahkan aurat mereka, terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya, maka ibu bapa adalah bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membiarkannya sebaliknya wajib menegurnya, melarang, mencegah, menasihati dan mendidik anak-anak mereka. Islam telah mengajarkan kita bahawa tanggungjawab menegur sebenarnya bukan hanya tehad kepada ibu bapa, tetapi juga kepada keluarga, guru, jiran, sahabat dan saudara seagama, yang sama-sama bertanggungjawab untuk menegur mana-mana perbuatan yang tidak elok dan tidak baik. Perkara amar makruf nahi mungkar adalah merupakan kewajipan seluruh umat Islam yang sepatutnya diamalkan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengingatkan dalam hadis Baginda yang maksudnya :

"Dari Abi Said Al-Khudri Radiallahuanhu katanya : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemunkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya ia tiada juga berkuasa maka hendaklah ia (mengubahnya dengan hatinya) yang demikian itu (mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman".(Riwayat Al-Imam Muslim).

Dalam usaha ibu bapa untuk mencapai kejayaan dalam mendidik anak-anak supaya mereka taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, ibu bapalah yang seharusnya terlebih dahulu menjadi pelopor dan contoh kepada mereka kerana merekalah 'role model' kepada anak-anak mereka. Jika ibu bapa baik, insya-Allah anak-anak mereka juga akan mengikut jejak langkah mereka yang baik itu dan jika ibu bapa melakukan perkara yang salah, maka anak mereka juga berkemungkinan akan melakukan sama perkara yang salah itu kerana mereka sudah terbiasa melihat perbuatan tersebut, jangan ikut perumpamaan seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Pada hakikatnya ibu bapa sememangnya amat sayang kepada anak-anak mereka, maka kerana itulah mereka berusaha memenuhi tanggungjawab dengan menyediakan segala keperluan anak-anak seperti memberi pendidikan, kasih sayang dan keperluan harian yang secukupnya serta sentiasa memberikan nasihat dan teguran yang berguna. Jangan biarkan mereka bergaul tanpa perhatian kerana adalah tidak mustahil berkemungkinan mereka akan mudah terpengaruh untuk berbuat salah misalnya melanggar peraturan sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, terlibat dalam perkelahian dan sebagainya. Dan lebih buruk lagi jika mereka melakukan perkara yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wataala seperti mencuri, berjudi, memakan dadah dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal. Kita hendaklah berusaha membawa anak-anak dan keluarga kita mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala seperti mengajak mereka mengerjakan sembahyang berjemaah, membaca Al-Quran bersama-sama baik di rumah mahupun di masjid. Jika amalan sedemikian dapat dilaksanakan, insya-Allah nikmat kebahagiaan akan dapat dinikmati dan dikecapi. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga anak, isteri serta keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala dan selamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 23 yang tafsirnya :

"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan yang kasar sekalipun perkataan �ah� dan janganlah engkau menengking, menyergah kepada mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun".


Bahan Sumber:

Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunai Darussalam

Saturday 1 January 2011

TIPS IBUBAPA CEMERLANG



� Sebelum keluar dari rumah, minta mereka bersalam dengan ibu bapa mereka terlebih dahulu.

(Anda mengajar mereka betapa perlunya mereka menghormati ibu bapa mereka
sepanjang masa)

� Semasa bersalaman dengan mereka, pastikan mata anda memandang tepat ke mata anak-anak anda dan lemparkan senyuman yang ikhlas kepada mereka. Pastikan juga kedudukan badan anda bersesuaian dengan ketinggian mereka.
(Anda memberitahu mereka betapa sayangnya anda akan mereka dan betapa
pentingnya mereka dalam hidup anda)

� Seboleh yang dapat, hantarlah anak-anak anda sehingga ke muka pintu rumah pengasuh atau pintu bas yang akan dinaiki mereka.
(Anda memberitahu mereka bahawa anda mengambil berat akan keselamtan mereka dan bahawa anda adalah ibu bapa yang bertanggungjawab.)

� Sebelum berpisah lafazkan ucapan-ucapan yang memberangsangkan mereka seperti �belajar bersungguh-sunguh�, �dengar nasihat guru�, dan sebagainya.
(Anda meneyemarakkan semangat mereka untuk menjadi orang yang baik dan
berguna dan secara tidak langsung anda merangsang persediaan mereka untuk menerima pelajaran pada hari tersebut)

� Lambaikan tangan anda kepada mereka sebelum beredar.
(Anda menyatakan kasih anda yang tidak berpenghujung sama ada ketika bersama mereka atau tidak. Kasih anda itu menyemarakkan motivasi dalam diri mereka)


sumber:http://www.letzhop.com/News-article-sid-3.html

HADIAH PALING ISTIMEWA UNTUK INSAN TERSAYANG

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda- tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.


sumber: http://mutiaramama.blogspot.com

Takwim Aktiviti PIBG SMKBBS 2011

CADANGAN AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2011


1. Mesyuarat sebanyak 4 kali setahun ( Tarikh akan ditentukan kemudian)
2. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 22 ( Bulan Mac)
3. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat PMR & SPM 2011 (Bulan Oktober)
4. Karnival PIBG ( Bulan Julai)
5. Perjumpaan dengan Wakil Rakyat Ahli Parlimen & Menteri Besar
(Tabung Kenderaan PIBG)

AJK PIBG 2009/2010

SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2009/2010
SEK MEN KEB BANDAR BARU SERTING,
72120 BANDAR SERI JEMPOL N.SEMBILAN



EN ABD HALIM BIN MD YUNUS (PENGETUA / PENASIHAT)
TN HJ MOHD SOFE B IBRAHIM (YDP PIBG)
EN. ITHNIN B. SHAARI (NYDP PIBG)
EN SHAIK ABDUL RAHIM B. SHAIK AKBAR (SETIAUSAHA)
CIK NORASIAH BT MOHD SALLEH (BENDAHARI)
EN SAHARUDIN BIN ABD RASHID [AJK (PENJAGA)]
PN KARIMAH BT ISMAIL [AJK (PENJAGA]
EN. MOHD ISA B. SHARIF [AJK (PENJAGA]
PN. ASMAH BT. IDRIS [AJK (PENJAGA]
TN. HJ NAZARUDIN MD NOR [AJK (PENJAGA]
EN. HASHNUDDIN B. HUSSIN [AJK (PENJAGA)]
PN. AZIZAH BT RADZALI [AJK (GURU)]
EN AZHAR BIN ABD GHANI [AJK (GURU)]
UST SUHAIMI B MOHD YUSUF [AJK (GURU)]
PN. SITI SALINA BT SANUSI [AJK (GURU)]
PN. NAZRATULAIN BT MURGANI [AJK (GURU)]
M. ALIZAN B. AB RAHMAN [AJK (GURU)]
EN. MOHD HAMI BIN MOHD AMIN [AJK (GURU)]
PN SAAIDAH BT DURALIM [AJK (GURU)]
EN ROSLI BIN YAACOB [PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 (PENJAGA)]
CIK NOR AZIMAH BT ZAKARIA [PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 (GURU)]