KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

AJK PIBG SESI 2010/2011

Tuesday 24 August 2010

PERLEMBAGAAN PIBG SMKBBS

PERLEMBAGAAN PIBG PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBUBAPA-GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SERTING 72120 JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.

KAEDAH A NAMA DAN ALAMAT

Persatuan ini dikenali sebagai dengan nama Persatuan Ibubapa – Guru-guru Sekolah Menengah Bandar Baru Serting. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah PIBG, Sekolah Menengah Bandar Baru Serting, 72120, Negeri Sembilan Darul Khusus.

KAEDAH B MAKSUD-MAKSUD DAN TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN

Maksud-maksud Persatuan ialah:

Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid sekolah ini.

Untuk membantu dan menambah usaha sekolah bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.

Untuk membolehkan ibubapa-ibubapa dan guru-guru disekolah ini bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya; dan

Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa-ibubapa di sekolah ini berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

Tujuan-tujuan Persatuan ialah:

Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah ini memperolehi faedah maksima daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka, baik di rumah mahupun di sekolah ini.

Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

KAEDAH C TEMPAT DIADAKAN MESYUARAT

Semua mesyuarat akan diadakan di alamat di mana Persatuan ini didaftarkan.

KAEDAH D

1) Keanggotaan

Tiap-tiap ibubapa dan guru-guru di Sekolah Menengah Bandar Baru Serting adalah disifatkan sebagai anggota Persatuan ini.

2) Jawatankuasa

Suatu jawatankuasa mengandungi pegawai-pegawai berikut hendakalah dilantik di Mesyuarat Agung Tahunan:

Yang Dipertua

Naib yang Dipertua

Setiausaha kehormat

Bendahari Kehormat

Lapan orang ahli Jawantankuasa (bilangan ibubapa dan guru sebaik-baiknya seimbang)

Nama-nama untuk jawatan-jawatan diatas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam mesyuarat agung tahunan. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawantankuasa hendaklah dipenuhi oleh jawantankuasa dengan melantik ahli biasa yang akan memegang jawatan hingga mesyuarat agung tahunan akan datang.

Mana-mana orang yang dilantik mengikut 3(c), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998.

3) Tugas Jawantankuasa

Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tempoh tiga bulan dan dua puluh empat hari pengumuman hendaklah diberikan kepada ahli-ahli.

Yang Dipertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada tiga orang Ahli Jawankuasa pada bila-bila masa. Jemputan mesyuarat hendaklah dibuat oleh Setiausaha.

4) Tugas-tugas pegawai

Yang Dipertua hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya, Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatannya.

Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan Peraturan menurut Perlembagaannya, dan melaksanakan arahan-arahan mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia hendaklah menyimpan minit-minit semua mesyuarat,menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan rekod-rekod lain. Ia hendaklah menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada mesyuarat agung tahunan dan minit-minit yang berkenaan dengannya.

Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 1hb Februari dan diserahkan untuk diaudit.

KAEDAH E PENDAPATAN

Persatuan hendaklah menubuhkan satu kumpulan wang ke dalam mana hendaklah dibayar semua derma atau sumbangan daripada mana-mana ahli terhadap tujuan-tujuan Persatuan dan kumpulan itu hendaklah diuruskan oleh Persatuan.

KAEDAH F KUASA BAGI MEMBELANJAKAN WANG PERSATUAN

Kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan ialah Jawatankuasa Persatuan dengan syaratnya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalakan tujuan-tujuan Persatuan.

Bendahari Kehormat dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima puluh sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semula wang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh jawatankuasa. Akuan bank itu hendaklah di atas nama Persatuan.

Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari dan Yang Dipertua atau Setiausaha.

Tahun kewangan Persatuan ialah 1hb Januari sehingga 31hb Disember.

KAEDAH G PENYIMPANAN AKUAN-AKUAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PERSATUAN

Akuan Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang tidak menjadi Ahli Jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalon oleh ahli-ahli Persatuan dalam mesyuarat agung tahunan.

Penyata kira-kira yang diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan.

Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar Sekolah Negeri Sembilan.

KAEDAH H KORAM

Koram bagi mesyuarat agung hendaklah tidak kurang daripada…. orang ahli.

Koram bagi mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3 bialangan ahli-ahli Jawatankuasa.

KAEDAH I MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN MESYUARAT TERGEMPAR

1) Kuasa Persatuan hendaklah terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli

2) Mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum akhir bulan Mei.

3) Suatu mesyuarat tergempar hendaklah diadakan:

a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa;

b) atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya…. orang ahli persatuan dan mesyuarat itu hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan permintaan tersebut.

4) Sekurang-kurangnya empat belas hari notis hendaklah diberi secara bertulis untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan dan sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis bagi mesyuarat agung tergempar.

5) Urusan mesyuarat agung tahunan ialah menerima laporan Jawatankuasa dan penyata kira-kira yang telah di audit bagi tahun yang lalu, memilih pemegang-pemegang jawatan dan menimbangkan lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan.

6) Urusan mesyuarat agung tergempar hendaklah dihadkan kepada maksud-maksud mesyuarat itu diadakan.

KAEDAH J PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN.

Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Sebarang cadangan pindaan atau perubahan hendaklah diberi secara bertulis kepada Setiausaha kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat agung diadakan. Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada perlembagaan hanya dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah Negeri Sembilan.

KAEDAH K HARTA DAN AMANAH

Persatuan adalah mempunyai kuasa untuk mempunyai, menggunakan dan melupuskan apa-apa harta alih atau harta takalih yang mana pada pendapatnya dikira atau memudahkan ia menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipannya.

Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik di mesyuarat agung tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan kepada mereka yang diamanahkan semua harta takalih kepunyaan Persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa.

Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung ahli-ahli.

Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan daripada jawatankuasanya oleh Jawatankuasa oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, letakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pemegang amanah sebelum mesyuarat agung maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatankuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam mesyuarat agung.

Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut Perlembagaan ini berhak merayu kepada mesyuarat agung yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.

KAEDAH L LARANGAN

Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perkerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan-kakitangan lain di sekolah ini.

Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan di antara Persatuan dan Guru Besar atau pengetua atau kakitangan sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

KAEDAH M TAFSIRAN

Sekiranya timbul sesuatau yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam Perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad.

KAEDAH N PEMBUBARAN

Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada Pendaftar Sekolah Negeri Sembilan. Segala harta alih atau harta takalih tidak boleh dilupuskan melainkan dengan kelulusan Pendaftar Sekolah Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment