KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

AJK PIBG SESI 2010/2011

Sunday 28 March 2010

Surat Panggilan Mesyuarat Agung ke-21 Tahun 2010

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KE-21 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SMK BANDAR BARU SERTING BAGI TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG ke -21 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 APRIL 2010 (JUMAAT)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting
Perasmi : Yang Berhormat Dato’ Haji Lilah Bin Haji Yasin (DSNS),
Ahli Parlimen Jempol

3. Sehubungan itu kerjasama tuan / puan dipohon untuk mengemukakan usul-usul yang akan dibawa ke mesyuarat tersebut. Segala usul hendaklah dihantar kepada Setiausaha PIBG, En. Shaik Abdul Rahim B. Shaik Akbar pada atau sebelum 5 April 2010 (Isnin).

Sekian. Kehadiran tuan / puan sangat-sangat diharapkan dan dihargai.

Terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


…….............……………………….....………
( ABD HALIM BIN MD YUNUS)
Pengetua
SMK Bandar Baru Serting
Merangkap Ex-Officio PIBG

AGENDA MESYUARAT:-
1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Ucapan Pengetua
3. Pembentangan Kertas Kerja
4. Laporan Kewangan Semasa
5. Hal-hal lain

MESYUARAT KHAS AJK PIBG SMKBBS

MESYUARAT KHAS AJK PIBG MEMBINCANGKAN PERJALANAN MESYUARAT AGUNG KE- 21 SMK BANDAR BARU SERTING BAGI TAHUN 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Suka cita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 1 April 2010 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMKBBS

3. Tuan /puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat di atas. Kehadiran tuan/puan akan membantu melancarkan aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang dirancang bersama. Jutaan terima kasih diucapkan atas kehadiran tuan/puan.


Sekian ,Wassalam


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas

……………………………………………………
(SHAIK ABDUL RAHIM BIN SHAIK AKBAR)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SMK(F)Bandar Baru Serting

AGENDA MESYUARAT:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Ucapan Pengetua
3. Pembentangan Kertas Kerja
4. Laporan Kewangan Semasa
5. Hal-hal lain